Sistem KIVA (KV) Kamen Rider Kiva (watak)

Secara amnya, apabila Wataru bertukar menjadi Kiva, dia akan membenarkan Kivat-bat ke-3 @ Kivat menggigit tangannya. Melalui gigitan itu, Kivat secara otomatik mengaktifkan sistem KIVA. Sistem ini merangkumi tali pinggang khas yang dipanggil Kivat Belt (キバットベルト, Kibatto Beruto). Tali pinggang ini didatangkan bersama beberapa visel yang dipanggil Fuestles (フエッスル, Fuessuru). Apabila tali pinggang ini selesai dipakai, Kivat diletakkan di hadapan tali pinggang tersebut secara terbalik. Badan Kiva akan bertukar seketika menjadi kaca dan kemudiannya transformasi Kiva berjaya dengan suit perang berwarna hitam, merah, dan platinum dengan sedikit warna kuning pada bahagian kepalanya. Rekaan suit perang Kiva adalah bermotifkan pontianak dan kelawar.

Kivat Belt

Kivat Belt (キバットベルト, Kibatto Beruto) adalah medium yang digunakan oleh Kamen Rider Kiva untuk bertukar. Kebiasaanya, Kivat memberi isyarat bersedia kepada Kiva apabila dia bersedia untuk bertukar. Ayat yang sering digunakan oleh Kivat adalah "Kiva, jom pergi!" (キバっていくぜ!, Kiba tte ikuze!). Tali pinggang ini akan muncul terpasang pada pinggang Kiva selepas Kivat menggigit tangan atau lengan Kiva. Bahgian tali pinggang tempat Kivat disangkut secara terbalik ini dipanggil sebagai Power Roost (パワールースト, Pawā Rūsuto). Ia berhampiran terletak di bahagian tengah tali pinggang. Bahagian tengah ini pula dipanggil Kibuckle (キバックル, Kibakkuru). Pada bahagian kiri dan kanan tali pinggang ini, terdapat visel yang dipanggil Fuestles (フエッスル, Fuessuru). Ia diletakkan pada slot yang dipanggil Fueslots (フエッスロット, Fuessurotto). Setakat ini, Kiva Belt hanya memegang tujuh Fuestle sahaja.

Fuestles

Sehingga kini, Kiva mempunyai tujuh buah Fuestle - enam pada tali pinggangnya dan satu pada pergelangan tangannya. Setiap Fuestle ini mempunyai fungsi tertentu, seperti mengeluarkan senjata ("Arms Monsters"), aksesori, mahupun bantuan "makhluk" lain. Apabila digunakan Kiva akan memberi Fuesltes tersebut kepada Kivat. Kemudian Kivat akan meniup visel tersebut. Kadang-kala, Kivat sendiri memilih Fuestles yang bakal digunakan terutamanya apabila Kiva di dalam bahaya. Berikut adalah fungsi setiap Fuestles untuk Kiva:

  1. Wake Up Fuestle (ウエイクアップフエッスル, Ueiku Appu Fuessuru): Fuestle ini digunakan bagi melancarkan serangan pemusnah oleh Kiva. Serangan pemusnah ini dinamakan sebagai "Darkness Moon Break".
  2. Garulu Fuestle (ガルルフエッスル, Garuru Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Garulu keluar dari Castle Doran.
  3. Basshaa Fuestle (バッシャーフエッスル, Basshā Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Bassha keluar dari Castle Doran.
  4. Dogga Fuestle (ドッガフエッスル, Dogga Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Dogga keluar dari Castle Doran.
  5. Doran Fuestle (ドランフエッスル, Doran Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Castle Doran.
  6. Buroon Fuestle (ブロンフエッスル, Buron Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Buroon keluar dari Castle Doran.
  7. Tatsulot Fuestle (タツロットフエッスル, Tatsurotto Fuessuru): Fuestle ini digunakan oleh Kiva untuk memanggil Tatsulot keluar dari Castle Doran.